Pages

Sunday, December 1, 2013

Syukran :)

Semoga esok, tuhan beri izin untuk aku terus bangun senyum dan berlari.

Kerana,
Hari ini aku merasa jatuh , merasa luka.

Syukur pada mu Ya Allah,
Berkesempatan aku untuk merasakan nikmat , walaup tidak pernah terdetik untuk merasakan perit dan pahit.
Manusia mana mahukan luka. Manusia mana maukan tergadah ketika merangkak .

Selagi belum diizinkan untuk aku,
Masa dan waktu tak tiba.
Siapa kita untuk menidakkan, siapa kita untuk menolak.

Walaupun kita diberi sempat untuk sejam, tapi nikmat tuhan sampaikan mungkin ada yang boleh kita bawak untuk bertahun. 

Walau kita diberi peluang bertahun,
Tak semestinya kekal dibawa ke akhir. 

Ya Allah,
Insan yang sentiasa diuji sentiasa kau berikan ujian sesungguhnya insan yang kuat untuk menempuhnya.
Sekiranya aku tergolong dalam insan yang mampu menempuhnya,
Kau berikan aku kekuatan .

Ya Allah,
Terima kasih syukran ,
Pinjam kan aku waktu, pijamkan aku hamba-Mu untuk aku merasa.


Saturday, September 28, 2013

Perak perlu nakhoda kapal yang kuat

Bila dah kecundang semua tomahan, 
Tolak sana sini .

Ibarat macam kapal, perlu ada nakhoda yang "strong" nak handle anak kapal. 
Kalau nakhoda jenis berangan 
Jenis suka cakap " aku nak kapal bergerak, aku nak tau dah sampai je nanti"..
Dia taktau enjin ke minyak ke ape ke yang problem, mana kot tau anak kapal berkerah nak ikut cakap nakhoda , ditolaknya mereka kapal tu sebab nak sampai.
Balik balik problem tak selesai juga, sebab bagi nakhoda kapal dah sampai maknanya selamat. 

Satu hari, nakhoda yang selalu duduk ataih je, 
Tiba tak boleh ikut atas sebab kepentingan diri ,
Diserahkan segala urusan dan tanggungjawab pada "supervisor" dan anak kapal yang lain. 
Sapa nak tau nasib nak jadi, kapal karam.
Habis mengamuk nakhoda kapalnya karam , bagi dia  anak kapal semua tak boleh diharap, dia didarat kelam kabut dibuatnya. 
Tak senang duduk bila dikhabar berita.

Bukan dikisah anak anak kapalnya hanyut, 
Yang dikisah semoga orang tak nampak kesilapannya , mengadu alah sana sini,
Dilepasnya tangan, biar bomba dan penyelamat beroperasi disekitar kapal yang karam.

Anak anak kapal yang lain dibiarnya karam .

Nama pun nakhoda, tempatnya diatas kapal, disisi anak anak kapal "time" anak anak kapal sedang berkerah kerah nak berlayar.


Macam tu jugak lah seorang ketua, seorang pengurus.
Kalau rasa badan tak bisa, lepas kan pada yang bisa,
Kalau dikendong berciciran yang dikejar tak dapat , nauzubillah.
Kalau rezeki dapat dua nya alhamdulillah. 

Sama macam perakfa,
Memang emosi penyokong mula mula terusik dengan kekalahan , siapa boleh terima, harapan gah setinggi gunung berkecai.
Mental tak kuat boleh rebah bila kene tomahan cacian.

Lagi sakit bila kene tuduh. 
Tapi kalau betul rasuah dan sabotaj ,
Fikir fikir isu dalaman.
Kalau sorang dirasuah mungkin dia yang problem, kalau satu team yang dirasuah, mungkin ada satu sebab semua terima rasuah .
Itu kita kata kalau benar,,

Dia ketua, dia pengatur langkah setiap anak buah,
Dia  ada cara nak mengatasi benda yang ada dalam isi kuku dunia bola sepak.
Rasuah dan sabotaj bukan baru dalam bola sepak ni.

Depa nak lebih sikit, bagi lah. 
Kalau ye pun sorang sorang mintak habuan bila main, 
Tak apa , anggap hadiah. Player kita semua dah besar boleh buat comparison,
Kawan belah geng lain dapat banyak, tu mungkin sebab depa mintak lebih. tapi bila dipertikai nanti timbul pulak 
"Dia main hebat boleh lah demand gaji, hang main macam mana.."

Jangan sekali ada isu, "depa bukan anak jati tu pasal main sebab duit, bukan sebab budi", Habis yang betul betul jati pun pergi mencari tempat lain. 
 
Habis kalau duit itu faktor jugak nak jadi hebat,
Siapa ketua dia lah tulang belakang ,
Jangan jadikan beban, jadikan tanggungjawab. 

P/s: jangan di caci ulasan yang ringkas ni. Mungkin ilmu saya tak sehebat mana,info yang salah ada yang silap. Tapi kalau apa diperkata benar ada yang patut dikata betul. Biar akal berfikir jangan bagi hati berbicara.

Sunday, August 25, 2013

Biasalah kita manusia, "human being"

Kadang kadang, kita manusia ni terlalu senang melontar kata. Benda ni tak kata untuk sesiapa, bah kan diri aku sendiri pon sama. Asal nama manusia semua pun sama. Sama jugak menabur janji. Pang pung sana sini janji. Kadang tak terpikir diri mampu ka tak ka nak meng"kota"kan janji tu. Sebaik baik kata sebut lah "insyaallah". 

Bukan apa, kot kot lah tak terkotakan janji tu kan. Takde lah orang kata kita ni mungkir janji. Tak da lah orang meletakkan harapan tinggi menggunung. 

Lagi satu, ramai diantara kita dan mungkin jugak aku sendiri. 
Macam tak ingat apa setiap dirancang ada penentunya. 
Perpatah kemain ingat " kita hanya merancang tuhan menentukan segalanya".
Tapi bila merancang tu "pungpang" sana macam tak ingat ada penentunya. 
Tabur sana sini.

Contohnya -" kita akan hidup bersama sehidup semati"
Engko tau ke mati ko bila? Mati si cinta hati ko bila? 

Lagi ayat-" walauapapun jua kita kan tetap bersama satu hari nanti".
Mak ai tau je ko kan suratan takdir hidup kita ni.

"You are the one and only one my boyfriend"
Semegah ayat , dengan harapan lelaki tu akan bangga. Kot ye dia bangga. Namapun boyfriend, tak ada sah nye ape lagi dah sumpah janji setia.

Rancang lah sebaik baik rancang, 
Berpada lah untuk merancang. Karang kalau tak menjadi tak ada lah rasa bebal sangat. 
 
"Insyaallah"
"Semoga"
 


Afrond gua pinjam pic insta lu, sebab ayat budak ni best sangat sangat nak baca. Apaa benda lah sampai gini

Thursday, June 20, 2013

Duko

Bahagia kita rasa peduli ore kato.

Kalau kuat boleh lah peduli,
Kalau duk hati sensitip memanjang mcm aku nak peduli pon boleh gilo. 
Bukan telinga menanah je, silap silap punca bergaduh. Bukan nak ckp aku gangster tapi iman tak cukup kuat kesabaran ni.

Jenis baran.

Orang cakap hilangkan duka timbulkan bahagia, 
Walaupun bahagia tu sekelumit je.

Bila ada duka bahagia sebesar alam pun tertutup sebab duka tu punya kuasa punya azabnya subhanaallah.
Bertapa teruknya duka.
Kaitkan duka bukan sebab bercinta,
Orang mesti salah tafsir perkataan duka. 
Bila duka ja ore igt putuh cinta.

Bukee, duka tuh banyak maksuknyo.

Duka kot tak dapek sambong ngaji ko,
Hat tak dapak  duit lebih ko,
Kot nok buak rumoh besarr tapi duit takdo ko,
Tu pon ore panggil duka jugaa.

Dok kecek klate ni bueknyo salah,
Mau dihempuknya kawe ni.
Saing saing klate , maap lah. Kawe dok padae nak kecek. 




Wednesday, June 12, 2013

Jangan kerna diri mu mulia, dihina orang keliling


Mulut manusia memang binasa, tak pernah tau baiknya buruk itu. 

Menghina mengherdik perkara biasa.
Tak lalu didengar tapi dipaksa, kerana dihina itu dirinya aku. 

Hanya ALLAH yg tahu , berdiri aku untuk sebuah kehidupan sendiri.
Tak makan tak minum aku bukan dikisah,.
Berbogel aku juga tak pernah dihirau.
Baik aku sediakan keperluanku sendiri,
Demi diri .

Yang dihina engkau bukan siapa, kaitan tiada saudara pun bukan. Kekasih lagi lah tidak. 
Jadi lebih baiklah mulut engkau ditutup rapat , jangan sampai kerna diri pekung diri sendiri terbuka.

Jahatnya aku adalah aku.
Baiknya aku juga kerna Tuhan yang esa.
Bersyukur aku diberi jalan. 

Tersenyum sendiri menerima kritik , 
Bukan mahu beri balasan. 
Memang dikata "biar tuhan balaskan saja".
Tapi saja diikutkan, saja diikutkan permainan dunia.

Kalau yang menghina itu, baik akidahnya . Teguh imannya,
Kukuh amalanya.
Tersentuh juga diri ini.

Tetapi yang melontar adalah sama tiada kurang malah lebih jahatnya mungkin.

Pergi lah puaka pergi lah engkau. Jauhi aku ! 



Wednesday, February 13, 2013

alhamdulillah ,


alhamdulillah.
tak terkata syukur padaNya, semua pun dah kembali okay. jauh mane pun berlayar. kalau hati dan ingatan pada daratnya, pasti akan mendarat jugak. amboih pandai skang kan berkata kata, tiru je semua tu. 

yess..
rindu nak borak rindu nak ketawa. rindu nak share, semua lah. yg pasti rindu nak gossip.
itu lah aku dengan seorang kawan. seorang rakan. bagai adik beradik. air kalau dicincang takkan putus,.
-shedazulkifli-

10feb2013 ,
yes , wonderful date,!!

hehehe, 
thankyou jugak dekat emilza sebab eratkan silaturahim ni. silaturahim yang terJarak oelh sebab sebab yang boleh buat diri sendiri ketawa. kihkih, bungkus ketat ketat dalam kotak. letak kotak belakang rumah. jangan bukak bukan. biarkan segala yang keruh dalam tu. nak dibakar tak elok, dalam keruh tu ade jernihnya. 

daripada yang keruh kita belajar untuk jernihkan.

harap harap semua belaku cukup untuk mengajar kita erti dewasa hari ini.
semoga dapat kita  berdua teladani.. 


Saturday, January 12, 2013

Just says

Rasa tak tergamak nak bahagia kalau orang lain tak bahagia kerana kita. Memang senang cakap " buat apa nak fikir hati orang, sedang orang tak pernah fikir kita" . Biar orang cakap camtu. Itu dia , biarkan dia. Tapi kita tetap kena fikir perasaan orang.

Sampai mana bahagia tu kalau orang disisi atau ade pihak memendam hati, terguris hati.

Orang cakap demi cinta sanggup berkorban.
Tak lah, demi persahabatan biar berkorban. Eventho masing masing tau mane silap mane salah masing masing.
Biar putus cinta jangan putus silaturahimm.
Wahhh ayat macam pandai je bab semua ni, bukan pandai tapi semua ayat nasihat dari orang keliling.

Buat kawan bukan buat lawan.
Nak buat apa hidupkan pergaduhan sedangkan syaitan sedang asyik tertawakan kita umat nabi muhammad.

Berterima kasih la pada takdir, kerna takdir menjadikan sejarah. Kerana sejarah lah yang mendewasakan kita.



P/s : tiada kene mengena dengan gue, ini hanya dilihat melalui persekitaran. Ikhlas dari gue nak corat coret ni.